fbpx

KBS minta PDRM cari suspek simbah asid sampai dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH berharap PDRM menggandakan usaha bagi membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan hingga pihak bertanggungjawab simbah asid kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim dibawa ke muka pengadilan.

Menteri KBS, Hamnah Yeoh, berkata beliau berharap PDRM dapat menggandakan usaha untuk mencari pelaku sebenar.

“Apa yang telah berlaku kepada Faisal Halim merupakan jenayah berat, Sangat serius. Beliau merupakan aset negara, pemain pasukan kebangsaan, jadi saya berharap pihak polis tidak akan terhenti seperti itu.

“Saya ada baca kenyataan polis, mereka kata NFA (tiada tindakan lanjut), tak bermaksud siasatan dihentikan. Jadi saya lega kerana siasatan masih diteruskan dan saya berharap mereka akan mengerahkan lebih banyak lagi tenaga untuk mencari pihak yang bertanggungjawab.

“Saya tahu pelaburan negara terhadap Faisal Halim itu dah banyak, nasib baik beliau selamat dan boleh kembali bermain tetapi saya rasa tidak wajar perkara seperti ini berlaku kepada atlet kita dan saya berharap polis akan siasat sampai dapat,” katanya.

Semalam, barisan peguam bintang kelab Selangor FC itu mengesahkan mengesahkan yang kes simbah asid terhadap Faisal diklasifikasikan sebagai NFA namun pihaknya sudah menghantar surat Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya siasatan dibuka semula.

Peguam mewakili Faisal, Nik Zarith Nik Moustpha berkata, surat permohonan kepada AGC telah dihantar pada 18 April selepas berbincang bersama Faisal untuk langkah seterusnya selepas kes diklasifikasi NFA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI