fbpx

Kalau ada masalah, siapa mahu taja? – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri KBS, Hannah Yeoh (kiri) melihat piala kejohanan pada Majlis Pembukaan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025, petang tadi. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Kelab bola sepak tempatan seharusnya ‘mencermin diri’ untuk melihat kelemahan pasukan yang mungkin jadi penyebab kepada kurangnya minat penaja untuk menghulurkan tajaan.

Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, berkata kadar pelepasan cukai yang dianggap rendah bukan jadi alasan yang menyukarkan pasukan untuk mendapatkan tajaan daripada mana-mana syarikat sebaliknya mungkin disebabkan hal lain.

“Perlepasan cukai ini tidak bergantung kepada KBS. Secara konsisten kita sudah cakap, semua sukan memerlukan tajaan dan kalau ada satu sukan yang memang tidak ada masalah cari penaja, ia adalah bola sepak.

“Jadi kalau kelab lain boleh dapat penaja, saya rasa tidak ada sebab kalau ada pasukan yang kata mereka tidak dapat penaja. Mungkin pentadbiran kurang menarik atau penaja tidak ada keyakinan terhadap pasukan.

“Kalau ada isu gaji, kalau saya (sebagai) penaja pun saya tidak mahu terlibat,” katanya.

Sebelum ini, mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj berkata, aspek pengecualian cukai kepada penaja juga wajar dilihat semula kerana ia diyakini mampu menarik minat syarikat untuk turut serta dalam bola sepak.

Christopher turut memberikan contoh Liga Jepun dilihat lebih maju kerana akta sukan yang diluluskan menyaksikan bola sepak mendapat pelepasan cukai 100 peratus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI