fbpx

Jurujual terkejut lihat lelaki berparang keluar dari kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN forensik tiba di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan kes rompakan sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Falim, Ipoh hari ini.

IPOH – “Saya terkejut lihat dua lelaki memakai penutup muka dengan seorang daripadanya memegang parang panjang berlari keluar dari kedai emas.”

Demikian pengalaman dikongsikan seorang jurujual dikenali sebagai Norshila, 26, yang menyaksikan kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai emas dalam pasar raya di Falim, di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia ada melihat sebuah kereta berada di hadapan pintu kaca pasar raya namun menyangka kenderaan itu mungkin telah melanggar pintu automatik atau dibawa masuk untuk pameran.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh yang singkat dia terdengar jeritan orang ramai yang menyuruhnya melarikan diri.

“Kejadian itu sangat menakutkan dan pertama kali disaksikan sepanjang tiga tahun saya bekerja di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian sekitar pukul 1 petang itu, suspek yang dipercayai seramai dua orang telah melarikan barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM400,000.

Setakat pukul 4 petang ini, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI