fbpx

Jadikan masjid mesra semua termasuk kanak-kanak, bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (tengah) berkenan bersalaman dengan kariah Masjid Kampung Bukit Putera, Setiu hari ini.

SETIU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) agar terus memperkasakan pengurusan masjid di negeri ini.

Baginda bertitah, pemerkasaan tersebut perlu dilaksanakan menerusi program latihan dan pendedahan aspek pentadbiran, kewangan, pengurusan aset, pembangunan program serta pendekatan dakwah berkesan berterusan kepada ahli kawatankuasa (AJK) masjid.

“Dengan pendedahan dan bimbingan yang sistematik, AJK masjid akan lebih berkeyakinan dan berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab secara profesional, teratur dan berintegriti.

“Usaha ini secara tidak langsung akan mengangkat martabat institusi masjid sebagai pusat ibadah, ilmu, perpaduan dan pembangunan komuniti yang lebih cemerlang serta relevan dengan keperluan semasa,” titah baginda sewaktu merasmikan Masjid Kampung Bukit Putera di sini hari ini, sempena sambutan Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan baginda.

Baginda bertitah, AJK masjid mempunyai tanggungjawab penting memastikan masjid berfungsi secara menyeluruh kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI