fbpx

Gagal seludup 40 tan beras Siam dalam treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah treler membawa sebanyak 40 tan beras Siam yang ditahan di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya, Kuala Krai kelmarin. FOTO IHSAN PGA

KUALA KRAI – Cubaan sindiket untuk menyeludup sebanyak 40 tan beras Siam ke negara ini gagal selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah treler di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya di sini kelmarin.

Rampasan dijalankan kira-kira pukul 9 malam semasa anggota PGA menjalankan tugas menerusi Op Taring Bravo 4 di kawasan tersebut.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, pemeriksaan di bahagian belakang treler itu menjumpai sebanyak 40,000 kilogram beras yang dipercayai diseludup melalui pangkalan haram.

Menurutnya, pemandu treler yang berusia 40 tahun itu bagaimanapun gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan beras yang dibawa.

“Rampasan keseluruhan termasuk sebuah treler yang membawa beras-beras itu dianggarkan bernilai RM550,000.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambah Nik Ros Azhan, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI