fbpx

Dua pegawai Istana Negara tunai haji terima sumbangan Raja Zarith Sofiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zarith Sofiah berkenan bergambar bersama dua pegawai Istana Negara serta pasangan yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan sumbangan kepada dua pegawai Istana Negara yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, kedua-dua pegawai terbabit ialah Brigedier Jeneral Amrul Yacob (Juruiring Tentera Udara) dan isteri, Anis Yusnita Soip.

Turut menerima sumbangan adalah Superintendan Mohd lrwan Rasul merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas PDRM kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta isteri, Nur Kamilia Faizol.

“Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut mendoakan semua jemaah dikurniakan kesihatan yang baik, dilancarkan urusan ibadah serta dipermudahkan sepanjang perjalanan.

“Majlis kurniaan sumbangan berlangsung di Istana Negara, pada hari ini,”tulis kenyataan itu di laman Facebook.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI