PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama oleh Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.
Menurut kenyataan itu, kesepakatan dicapai pada mesyuarat kepimpinan tertinggi antara Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 8 Mei lalu
“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH dan BN Sabah,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat kebangsaan. – KOSMO! ONLINE