fbpx

Bintang Slovakia tarik minat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SESKO

LONDON – Arsenal mungkin perlu membayar yuran yang lebih tinggi untuk mendapatkan khidmat Benjamin Sesko pada musim panas ini kerana klausa pelepasannya bersama RB Leipzig telah meningkat menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Namun, pasukan bimbingan Mikel Arteta menghadapi persaingan hebat apabila Manchester United, Liverpool dan Chelsea juga memantau perkembangan pemain berusia 21 tahun itu di Bundesliga.

The Gunners sudah lama mengikuti perkembangan Sesko dan mahu menjadikan pemain itu sebagai keutamaan untuk pembelian mereka selepas berdepan masalah kecederaan jentera serangan melibatkan Gabriel Jesus dan Kai Havertz.

Arsenal mempunyai hasrat untuk membawa masuk pemain dari Slovakia itu yang menjalani musim yang cemerlang apabila berjaya mencetak 13 gol, sekali gus dapat membantu skuad kendaliaan Arteta melonjak musim depan.

Sesko menyatakan bahawa masa depannya masih belum ditentukan selepas tamat musim keduanya bersama Leipzig, naamun klausa perpindahan yang pada asalnya bernilai £49.5 juta (RM299 juta) kini telah meningkat melebihi £66 juta (RM375 juta) menjelang musim panas.

“Sekarang, saya 100 peratus memberi tumpuan kepada RB Leipzig. Kemudian kita akan lihat apa yang berlaku. Ia terbuka, apa sahaja boleh berlaku,” ujar Sesko.

Penyerang antarabangsa Slovenia itu telah meledak 39 gol dalam 85 penampilan bersama Leipzig, manakala di peringkat antarabangsa, dia turut mencatatkan 16 jaringan dalam 41 perlawanan bersama skuad senior Slovenia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI