fbpx

Bilionair terkaya wariskan cuma 1 peratus harta untuk anak-anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Bill Gates bersama Melinda (dua dari kanan) dan anak-anaknya. - Foto Instagram/@melindafrenchgates

WASHINGTON – Pengasas bersama syarikat Microsoft, Bill Gates mengumumkan akan mendermakan 99 peratus kekayaan beliau pada tahun-tahun akan datang dan hanya meninggalkan satu peratus untuk diri sendiri serta anak-anak, lapor portal berita MailOnline semalam.

Mogul teknologi itu akan menutup Yayasan Gates menjelang 31 Disember 2045 sekali gus menamatkan projek seumur hidup beliau untuk mengagihkan kekayaan bernilai berbilion-bilion dolar bagi tujuan amal.

Gates mengumumkan akan mengagihkan hampir semua kekayaannya bernilai kira-kira AS$200 billion (RM862 bilion) dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Beliau akan memegang satu peratus daripada jumlah tersebut bersamaan kira-kira AS$1.62 billion (RM7 bilion).

Gates mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan Melinda sebelum mereka bercerai.

Anak-anaknya ialah Phoebe, Rory dan Jennifer akan mewarisi baki wang yang dimiliki Gates selepas kematiannya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI