fbpx

Anwar ucap tahniah kepada penganut Katolik atas pelantikan Pope Leo XIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengucapkan tahniah kepada penganut Katolik atas pemilihan Pope Leo XIV.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada penganut Katolik atas pemilihan Pope Leo XIV.

Kata beliau, detik bersejarah kepada
penganut Katolik seluruh dunia termasuk di Malaysia itu menandakan lembaran baharu bagi komuniti Katolik dunia.

“Saya yakin bahawa ia akan menjadi sumber tekad dan inspirasi yang diperbaharui. Malaysia menghargai hubungan dengan Holy See dan kami berharap dapat meneruskan jalinan kerjasama.

“Berteraskan sikap saling menghormati, dialog dan komitmen bersama terhadap keamanan dan maruah insan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Robert Prevost, seorang kardinal berusia 69 tahun dari Chicago, Amerika Syarikat (AS) dipilih sebagai Pope baharu.

Beliau menggantikan Pope Francis yang meninggal dunia pada 21 April lepas pada usia 88 tahun akibat masalah kesihatan.

Prevost rakyat AS pertama memegang jawatan tertinggi gereja Roman Katolik dan menggunakan nama Pope Leo XIV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI