fbpx

Ahli perniagaan rugi RM150,000 diperdaya skim pelaburan kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Seorang ahli perniagaan berputih mata kerugian RM150,000 diperdaya kenalan rakannya dalam skim pelaburan melibatkan ternakan kambing.

Lelaki berusia 36 tahun itu membuat laporan berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada pukul 1.26 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, ahli perniagaan berkenaan dihubungi rakannya untuk menawarkan skim pelaburan tersebut pada pukul 5 petang, 12 November tahun lalu.

“Mangsa dan rakannya kemudiannya bertemu suspek yang menjanjikan keuntungan kononnya RM6,000 sebulan dalam tempoh setahun sekiranya membuat pelaburan RM30,000.

“Bulan pertama dia diberi RM3,000 keuntungan sebelum diminta menambah pelaburan kepada RM70,000 dengan janji kononnya akan menerima keuntungan RM20,000 setiap bulan dalam tempoh setahun,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, sebaik menerima keuntungan RM20,000 dijanji pada bulan pertama, ahli perniagaan tersebut dipujuk sekali lagi agar terus menambah pelaburan sebanyak RM50,000 dengan dijanjikan pula keuntungan RM15,000 dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, lelaki itu hanya menyerahkan wang tunai RM30,000 untuk tambahan pelaburan manakala baki RM20,000 digunakan untuk membeli 80 ekor kambing yang kemudiannya diserahkan kepada suspek.

“Begitupun sebulan selepas menerima keuntungan pertama daripada pelaburan tambahan, suspek terus menyepi sebelum menyedari skim pelaburan ternakan kambing tersebut sebenarnya tidak wujud,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI