fbpx

2 kontena hangus dijilat api di Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan pemadaman kontena di Semenyih, hari ini.

KAJANG – Dua buah kontena yang dijadikan stor simpanan sementara musnah dalam kebakaran di Jalan Semenyih berhampiran ST Rosyam Mart, di sini, hari ini.

Komander operasi, Amran Othman, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.25 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota serta sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Semenyih bergegas ke lokasi kejadian.

“Kejadian itu mengakibatkan kemusnahan 100 peratus. Bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI