fbpx

Warga emas cedera MPV Volvo rempuh KFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas berusia 70-an mengalami kecederaan setelah KFC Sitiawan dirempuh sebuah MPV Volvo malam ini. - Foto JBPM

LUMUT – Seorang warga emas berusia 70-an cedera setelah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Volvo merempuh restoran KFC di Sitiawan dekat sini malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.20 malam tadi.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan MPV jenis Volvo yang telah terbabas dan melanggar restoran KFC.

“Terdapat seorang mangsa perempuan warga emas berbangsa Cina iaitu pelanggan restoran itu tersepit di bawah kereta dan dia telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Sabarodzi berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota membantu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) membuat rawatan awal.

Beliau berkata, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi terkawal pada pukul 9.30 malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 9.49 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI