fbpx

Wanita maut di Kesas terjun van lepas bertengkar dengan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis ketika berada di lokasi kejadian dimana mayat wanita tersebut dicampak dari sebuah van.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang ditemui maut di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar, di sini, kelmarin dipercayai terjun keluar daripada kenderaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku selepas mangsa menghadapi pertengkaran dengan suaminya.

“(Mangsa) ini tidak berlesen dan terlibat dalam kemalangan. Semasa pertengkaran, si isteri beritahu nak terjun sebelum berbuat demikian dan suami meneruskan perjalanan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Rusdi berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, Selangor, pada hari kejadian.

Katanya, suspek direman empat hari sehingga 10 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang wanita maut selepas dicampak dari sebuah van di tepi Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Awan Besar di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.58 petang.

Menurutnya, mangsa berusia 44 tahun disahkan maut di lokasi oleh petugas hospital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI