fbpx

Kesilapan pegawai VAR rugikan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARCINIAK

LONDON – Seorang bekas pengadil FIFA tampil mempertahankan pengadil, Szymon Marciniak selepas pemain dan pegawai Barcelona meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan yang dibuat semasa kekalahan mereka kepada Inter Milan dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara kelmarin.

Bekas pegawai perlawanan FIFA, Rafał Rostkowski tampil memberikan pandangannya mengenai prestasi Marciniak dan meletakkan tanggungjawab kesilapan tersebut ke atas pegawai VAR dari Belanda, Dennis Higler.

“Szymon Marciniak membuat keputusan tepat untuk memberikan penalti, tetapi pengadil VAR menghalangnya daripada berbuat demikian. Pegawai VAR itu telah membuat dua kesilapan. Pertama, beliau gagal menentukan lokasi yang tepat berlakunya kekasaran tersebut.

“Kedua, beliau secara tidak tepat menilai situasi yang berlaku. Beliau sepatutnya memanggil Marciniak ke monitor untuk melihat gambaran sebenar berbanding campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh pengadil,” katanya.

Jurulatih Barcelona, Hansi Flick meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan sikap Marciniak yang dianggap membuat keputusan tidak masuk akal, selain pemain tengah The Catalans, Pedri turut berang dan mahu UEFA masuk campur siasat dan mengambil tindakan.

Pedri meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan tidak memberikan sepakan penalti apabila Lamine Yamal dijatuhkan di dalam kotak penalti serta insiden kekasaran terhadap Gerard Martin yang membawa kepada jaringan dramatik oleh Acerbi.

“Ini bukan kali pertama berlaku dengan pengadil ini dan saya percaya UEFA harus melihatnya,” kata pemain berusia 22 tahun itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI