fbpx

Terbuka Taiwan: Bing Kun-Ee Wei ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAKU pemain senior, Ee Wei berjaya membimbing Bing Kun bagi memastikan mereka layak ke suku akhir Terbuka Taiwan. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Loo Bing Kun-Toh Ee Wei dipaksa bermandi peluh sebelum melangkah ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan di Taipei.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Taipei Arena hari ini, pasangan yang digandingkan buat sementara itu menewaskan pasangan Korea Selatan, Ki Dong Ju-Jeong Na Eun 15-21, 23-21, 21-8.

Meskipun ia merupakan kejohanan pertama buat mereka sejak digandingkan, namun Bing Kun-Ee Wei yang turun sebagai pilihan keenam tidak memerlukan masa terlalu lama bagi menyesuaikan diri.

Aksi itu sekali gus memberi petunjuk positif buat kedua-dua pemain tersebut menjelang beberapa lagi kejohanan, iaitu Terbuka Thailand dan Malaysia Masters.

Menjelang suku akhir esok, Bing Kun-Ee Wei dijangka berdepan aksi lebih sukar apabila dijadualkan menentang beregu Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Mengiringi Bing Kun-Ee Wei ke suku akhir adalah gandingan Chen Tang Jie-Chan Wen Tse yang membenam cabaran pasangan Indonesia, Marwan Faza-Aisyah Salsabila 18-21, 21-18, 21-17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI