fbpx

‘Tak kira rujuk lisan atau batin, biar mahkamah buat keputusan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFREENA menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat sebarang keputusan. - FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham, Afreena Suhaimi menyangkal dakwaan wujudnya lafaz rujuk secara lisan seperti dikemukakan suaminya dalam prosiding kes pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Afreena, 33, menegaskan isu berkenaan tidak pernah dibangkitkan malah menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk menilai dan membuat keputusan.

Berkenaan rujuk saya tak nak komen kerana agak privasi dan bimbang akan disalah tafsir. Tidak kiralah rujuk lisan atau batin, biar mahkamah yang membuat keputusan.

“Pada prosiding sebelum ini pun saya tak pernah cakap apa-apa fasal rujuk batin atau lisan. Semuanya keluar daripada mulut plaintif,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Afreena, Mohamad Iezwan Ielias memaklumkan penangguhan prosiding hari ini bukan disebabkan niat melengah-lengahkan kes, sebaliknya berpunca daripada fakta baharu dikemukakan pihak plaintif.

Sebelum ini Along tidak pernah menyatakan wujudnya rujuk lisan. Malah dalam dokumen kes pun tidak dinyatakan perkara itu.

“Tapi bila mereka kemukakan fakta baharu, kes menjadi panjang. Maka kami akan serah jawapan secara bertulis supaya mahkamah ada rekod lengkap.

“Proses hari ini hanya berjalan sebahagian memandangkan banyak kes di mahkamah dan kekangan masa,” jelasnya.

Mahkamah menetapkan 1 dan 3 Julai depan sebagai tarikh baharu bagi menyambung prosiding tersebut.

Terdahulu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, hadir ke mahkamah kira-kira pukul 11 pagi ditemani ibunya, Siti Habsah Kadir dan peguam syarie, Muhammad Akmal Amzan.

Difahamkan, kes berkenaan sepatutnya dibicarakan pada 10 Mac lalu namun ditangguhkan berikutan kekeliruan dokumentasi.

Untuk rekod, pasangan itu bernikah pada 4 April 2023 namun rumah tangga mula goyah hanya selepas dua bulan disatukan.

Konflik memuncak apabila Along mendakwa Afreena telah melanggar tiga syarat penting dalam perjanjian perkahwinan hingga menyebabkan jatuhnya lafaz taklik.

Sebelum ini, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Zila Seeron pada Januari 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2016. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI