fbpx

Sasaran RM100 bilion industri francais menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyempurnakan Majlis Perasmian Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) dan Deklarasi Konvensyen Francais Asean (AFC) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM100 bilion disasarkan melalui industri francais negara menjelang tahun 2030 selari potensi besar yang ada melalui sektor tersebut di pasaran tempatan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu akan digerakkan menerusi Dasar Francais Negara 2030 yang menumpukan kepada pengembangan pasaran, pembangunan kapasiti dan pengukuhan ekosistem francais tempatan.

“Kita perlu membina sektor francais yang lebih kukuh dan berdaya saing di peringkat global, dengan fokus jelas untuk mencapai sasaran jualan RM100 bilion menjelang 2030.

“Potensi serta peluang besar pasaran halal serantau yang dianggarkan bernilai AS$900 bilion (RM3.8 trilion) boleh dimanfaatkan menerusi pengembangan francais halal tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Francais ASEAN dan Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 mahu melihat industri francais bukan sekadar model perniagaan, sebaliknya sebagai jambatan integrasi ekonomi rantau dan pemacu mobiliti sosial generasi akan datang.

Antara inisiatif utama yang dicadangkan termasuk ASEAN Franchise Accelerator dan Program Cabaran Francais Universiti ASEAN yang bakal melahirkan lebih banyak jenama tempatan untuk pasaran serantau.

“Kerajaan komited untuk melahirkan lebih ramai pemimpin francais yang mampu membawa jenama Malaysia ke persada antarabangsa,” jelas Ahmad Zahid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI