fbpx

Sasaran realistik di Piala Dunia Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi kuning) akan turun mengambil bahagian pada Piala Dunia Remaja di Chennai pada November nanti.

KETUA jurulatih baharu skuad hoki remaja lelaki negara, Nor Saiful Zaini meletakkan sasaran realistik buat Young Tigers pada Piala Dunia Remaja 2025 adalah untuk mengelak kekalahan kepada pasukan yang berada di bawah ranking Asia.

Malaysia di kedudukan keempat Asia dan bakal menyertai Piala Dunia yang membariskan 24 pasukan remaja terbaik dunia di Chennai, India dari 29 November hingga 10 Disember depan.

“Kita tahu kita bukan pasukan pilihan tapi yang penting jangan kalah kepada pasukan ranking di bawah. Kalau boleh beri saingan kepada pasukan di atas, itu sudah cukup baik,” katanya ketika ditemui media selepas sesi pengumuman pelantikannya kelmarin.

Legenda hoki kebangsaan itu berkata, tumpuannya bukan semata-mata memburu keputusan tinggi, tetapi mahu memastikan setiap pemain pulang daripada kejohanan itu sebagai atlet yang lebih matang dan bersedia menyarung jersi senior negara.

“Kalau balik dengan gelaran juara tapi tiada siapa layak ke skuad senior, ia sia-sia. Saya nak mereka main dengan baik dan layak sertai skuad utama selepas ini,” tambahnya.

NOR SAIFUL (dua dari kiri) diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu skuad hoki remaja lelaki negara. – MHC

Mengulas tentang proses pemilihan pemain, Nor Saiful tidak hanya menilai nama besar atau pengalaman semata-mata, sebaliknya memberi keutamaan kepada kematangan dan potensi dalam tempoh enam bulan menjelang kejohanan.

“Kadang-kadang ada pemain baru menonjol dua tiga bulan, tapi kualitinya luar biasa. Kalau dia matang dan boleh bersaing dalam hoki antarabangsa, saya akan beri peluang,” jelasnya.

Seramai 33 pemain sudah dikenal pasti hasil pemantauan sepanjang Liga Hoki Malaysia (MHL) dan akan disenarai pendek untuk sesi latihan pusat dijangka bermula minggu hadapan.

“Saya kenal kebanyakan mereka. Ada main untuk TNB, SSTMI, Terengganu. Kita akan panggil ikut prosedur sekolah atau universiti masing-masing. Saya harap minggu depan kita dah boleh mula latihan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI