fbpx

Rider didakwa rompak empat wanita di kawasan parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON / KOSMO!

MELAKA – Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan merompak empat wanita pada Februari dan April lalu.

Tertuduh, Ahmad Reezqan Jaliludin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Haderiah Siri.

Berdasarkan empat kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan rompakan ke atas harta milik Nila Afrila dan melarikan beg tangan yang mengandungi sebuah telefon bimbit serta barangan lain yang dianggarkan bernilai RM2,500.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 9.15 malam di lorong jalan Rumah Pangsa Bachang Permai dalam daerah Melaka Tengah pada 23 Februari 2025.

Tertuduh juga didakwa merompak tiga wanita lain iaitu Nohayati Hussin, 27; Tiow Poh Mee, 49, dan Maureen Chan Choo Neo, 70, di kaki lima pasar raya Kipmall dan kawasan parkir Lotus Peringgit dalam daerah Melaka Tengah pada pada 22 dan 23 April 2025.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar dan Muhamad Ehsan Nasarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran.

Peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh merayu jaminan diberikan dengan alasan anak guamnya menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan tertuduh akan dijamin oleh kakaknya sendiri yang bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM2,500 sebulan.

Haderiah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin serta membenarkan syarat tambahan dipohon pendakwaan. Beliau kemudian menetapkan tarikh 17 Jun depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI