fbpx

Rangka manusia dalam kebun kelapa sawit Slim River

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengkorak manusia yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim, Slim River, Tanjung Malim pada Ahad lalu. - FOTO IHSAN PDRM

TANJUNG MALIM – Polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga dan kenalan ekoran penemuan rangka manusia cukup sifat kecuali kedua-dua tapak tangan di sebuah ladang kelapa sawit, Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim, Slim River di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, penemuan rangka manusia itu telah disedari oleh orang awam yang ingin pergi ke kebun berhampiran ladang tersebut.

“Hasil siasatan yang dibuat di lokasi kejadian dengan bantuan unit K9 polis telah menjumpai hampir keseluruhan rangka manusia tersebut kecuali kedua belah tapak tangan.

“Rangka tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untul bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperolehi,” katanya di sini hari ini.

Katanya, polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara, rakan atau kenalan tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Raja Nabila Raja Abdul Samad ditalian 012- 285 4320 atau berhubung terus dengan IPD Muallim ditalian 05-452 8222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI