fbpx

Pakistan tembak jatuh 25 dron India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA berdiri di hadapan rumah yang musnah akibat tembakan artileri Pakistan di kampung Salamabad di Uri semalam. - AFP

Berikut adalah perkembangan terkini konflik India-Pakistan:

. Pakistan mendakwa menembak jatuh 25 dron India dalam tempoh semalaman.

. Negara itu belum mengulas dakwaan India bahawa Islamabad menghantar dron dan ‘peluru berpandu’ merentasi sempadan.

. India menyatakan Pakistan cuba menyasarkan beberapa sasaran ketenteraan.

. Pakistan melaporkan 31 orang terbunuh dan 57 cedera akibat serangan udara di Pakistan dan wilayah Kashmir ditadbir Islamabad, serta tembakan di sepanjang Garisan Kawalan, sejak pagi semalam.

. Sementara itu, tentera India mendakwa sekurang-kurangnya 16 orang awam terbunuh akibat tembakan artileri Pakistan di sempadan Kashmir.

. India menyatakan serangan peluru berpandu semalan adalah untuk membalas serangan pengganas terhadap pelancong India di Pahalgam bulan lalu yang mana Islamabad menafikan penglibatannya.

. Kashmir ditadbir India telah menyaksikan pemberontakan selama beberapa dekad yang mengorbankan ribuan nyawa. India dan Pakistan masing-masing mendakwa wilayah Kashmir sepenuhnya milik mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI