fbpx

Masjid Jamek Ar-Ridzuan mula urusan beli tanah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Masjid Jamek Ar-Ridzuan di sini akan memulakan urusan pembelian tanah dengan pemiliknya bermula esok selepas berjaya mengumpul derma orang ramai sebanyak RM2.3 juta.

Pengerusi masjid, Yusuf Majid berkata, pihaknya akan menghantar wakil ke Ipoh esok bagi menghadiri taklimat bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebelum meneruskan proses rundingan dan tindakan guaman.

“Kita akan pastikan semua urusan dibuat mengikut saluran sah. Langkah ini sangat penting sebelum pembelian dimuktamadkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, tanah tersebut ditawarkan pada harga RM1.8 juta, manakala lebihan kutipan sebanyak RM500,000 akan diuruskan secara telus dengan merujuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk kelulusan penggunaan.

Katanya, antara cadangan awal ialah membangunkan sebahagian kawasan lebihan masjid sebagai tanah pertanian, dan hasilnya akan disalurkan semula ke dalam tabung masjid.

Bagaimanapun, Yusuf berkata, semua perancangan itu tertakluk kepada kelulusan pihak berwajib kerana pihak masjid tidak mahu mendahului keputusan rasmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI