fbpx

Masjid Jamek Ar-Ridzuan kutip RM2 juta kurang 36 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Jamek Ar-Ridzuan

BAGAN SERAI – Kisah menyentuh hati mengenai Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu nyata mendapat perhatian luar biasa apabila hampir RM2 juta berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang 36 jam untuk tujuan pembelian tanah masjid berkenaan.

Pengerusi masjid, Yusuf Majid berkata, jumlah keseluruhan kutipan setakat pukul 8 malam tadi mencecah RM1,977,482.20, sekali gus melebihi sasaran asal sebanyak RM1.8 juta yang ditetapkan pemilik tanah tersebut.

“Sumbangan telah ditutup secara rasmi pada pukul 8.30 malam selepas kita mencapai jumlah yang diperlukan.

“Laporan mengenai penutupan ini yang tular di media sosial adalah benar dan saya sendiri sudah maklumkan perkara itu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang membantu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Menurutnya, kejayaan itu membuktikan keprihatinan dan semangat perpaduan umat Islam di negara ini yang tampil menghulurkan sumbangan demi kepentingan rumah ibadat mereka.

“Insya-Allah, kita akan adakan sesi penutupan sumbangan secara rasmi selepas solat Maghrib malam esok (hari ini) di masjid ini sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang terlibat,” katanya

Katanya, pihak masjid amat terharu dengan sambutan diberikan dan tidak menyangka kutipan berjaya diselesaikan dalam masa singkat, tanpa perlu menunggu tempoh dua minggu seperti mana digariskan dalam pekeliling yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum ini.

Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan, pihaknya kini menunggu arahan seterusnya daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi proses rundingan dan urusan dokumentasi pembelian tanah berkenaan.

Masjid Ar-Ridzuan sebelum ini mencuri perhatian apabila tanah yang menempatkan rumah ibadat itu dimiliki individu bukan beragama Islam dan perlu ditebus segera bagi mengelak sebarang risiko pada masa akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI