fbpx

Malaysia harap dapat terpilih Presiden UN-Habitat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan KPKT 2024 di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia berharap dapat terpilih sebagai Presiden Persidangan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi penggal 2026 hingga 2029.

Difahamkan, pengumuman rasmi mengenai siapa yang akan terpilih sebagai Presiden UN-Habitat itu akan diumumkan pada akhir bulan ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Malaysia sudah lama tidak terpilih mengetuai mana-mana badan dunia dan kali terakhir pada 1996.

Beliau berkata, pada 16 September 1996, Tan Sri Razali Ismail dipilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB ke 51.

“Malah, pada tahun 1994, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) juga menjadi anak Malaysia pertama diberikan penghormatan mengetuai badan dunia iaitu Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Pada 29 Mei ini, kementerian kita akan mewakili tanah air kita yang tercinta untuk bersaing menjadi Presiden UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

“Kita berharap dapat sekali lagi dinobatkan untuk mengepalai satu lagi badan dunia,” katanya ketika berucap pada Majlis
Apresiasi Kecemerlangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2024, di sini hari ini.

Katanya, beliau berharap Malaysia dapat mengibarkan Jalur Gemilang di benua Afrika nanti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI