PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya masih menaruh harapan tinggi untuk bertemu jodoh selepas melihat Luna Maya yang akhirnya berjaya menamatkan zaman bujang pada usia 42 tahun.
Farahdhiya atau nama lengkapnya Farah Dhiya Mohamed Amin, 41, berkongsi kenyataan tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram.
Semalam ternampak Luna Maya kahwin pada usia 42 tahun. Jadi saya masih ada harapan lah kan?
“Kena cari yang muda-muda macam Luna pula ke? Kepom (Elly Mazlein) tolong jawab,” tulis di bahagian kapsyen.
Pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu sehingga kini masih belum berumah tangga biarpun memiliki rupa paras jelita.
Sebelum ini, dia pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan seorang penyanyi popular, namun hubungan tersebut tidak bertahan lama.
Semalam pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya menikah dengan pelakon, Maxime Bouttier yang 10 tahun lebih muda daripadanya.
Perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia.
Ramai yang memuji Luna akhirnya bertemu lelaki yang tepat dan menemui kebahagiaan yang dicari selepas melalui beberapa episod duka dalam percintaan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE