KUANTAN – Mana-mana pasukan yang beraksi di Liga Malaysia boleh mendapatkan khidmat penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman meskipun pemain itu masih mempunyai kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) hingga tahun depan.
“PBNP membenarkan pemain, termasuk Kpah Sherman yang masih mempunyai kontrak dengan PBNP hingga tahun 2026 untuk berbincang dengan pasukan lain.
“Sekiranya ada persetujuan antara pemain dan majikan baharu, PBNP bersedia berbincang untuk tamatkan kontrak pemain itu lebih awal,” kata sumber PBNP kepada Kosmo!.
Sebagai rekod, hampir separuh dari 25 pemain dari skuad utama Tok Gajah masih mempunyai kontrak hingga 2026.
Antara pemain utama yang masih mempunyai kontrak dengan skuad kendalian Fandi Ahmad ialah Penjaga gol, Mohammad Zarif Irfan Hashimuddin, Ibrahim Manusi, Azrif Nasrul Haq, Fadli Shas, Hasnul Zaim Zafri, T.Saravanan serta Adam Nor Azlin.
Sementara itu, pemain utama tok gajah yang tamat kontrak seperti Azam Azih, David Rowley, Asnan Ahmad dan Sean Salvaraj selain semua pemain import telah ditamatkan kontrak kecuali Sherman. – KOSMO! ONLINE