fbpx

Liga Super: Kelantan Darul Naim FC lantik CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Irwan Rizal (kiri) bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC di sebuah hotel di Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN KDN FC

KOTA BHARU – Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) melantik tokoh korporat, Datuk Mohd. Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui kelab bola sepak tersebut pada musim depan.

Mohd. Irwan berkata, pasukan Kijang Emas perlu menjalani penstrukturan semula secara holistik terutamanya melibatkan aspek kewangan dan perniagaan.

“Selain fokus kepada pembangunan akar umbi di dalam pasukan bola sepak, kita perlu berfikir ke depan daripada aspek perniagaan untuk menjana pendapatan KDN FC.

“Sukan bola sepak itu bersifat dinamik dan kita perlu menjana pendapatan secara berterusan. Kita juga tidak boleh mengharapkan penajaan semata-mata sebaliknya perlu memperkasakan penjualan cenderamata atau barangan rasmi KDN FC kepada peminat,” pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC semalam.

Mengulas mengenai dana sebanyak RM6 juta hingga RM7 juta yang diperlukan oleh KDN FC untuk saingan Liga Super musim depan, beliau memberitahu, jumlah itu merupakan satu kos yang besar dan ia merupakan tanggungjawab semua pihak dalam pasukan.

Menurutnya, berkemungkinan beberapa pengurangan kos terpaksa dilaksanakan terutamanya melibatkan logistik dan pengangkutan pada musim 2025/2026 semasa mengendalikan pasukan.

“Perancangan yang ada perlu dilaksanakan secara konsistem. Saya lihat banyak peluang perniagaan di Kelantan dan KDN FC perlu memanfaatkannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI