fbpx

KKR kenal pasti 20 cerun sangat berisiko tinggi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander merasmikan Simposium Cerun Negara 2025 di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti sebanyak 20 cerun sangat berisiko tinggi yang memerlukan kerja-kerja pencegahan dan pembaikan segera membabitkan kos kira-kira RM36 juta.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebahagian besar cerun berisiko tinggi itu dikesan berada di sepanjang Lebuh Raya Timur Barat serta beberapa lokasi lain di seluruh negara.

“(Cerun) yang berisiko tinggi ada 20 lokasi yang kita kategorikan sebagai sangat mendesak dengan memerlukan (kos) lebih RM36 juta.

“Tapi kita akan pastikan cerun berisiko tinggi itu tidak akan memberi kesan buruk kepada nyawa dan harta benda (jadi) kita akan selesaikan masalah tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Cerun Negara (SCN) 2025 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Alexander turut melancarkan Pelan Induk Cerun Negara (PICN): Pelan Tindakan 2025-2030 yang menjadi dokumen rujukan utama dalam mengukuhkan tadbir urus serta pelaksanaan pengurusan cerun secara menyeluruh di Malaysia.

Terdahulu menerusi ucapannya, Alexander berkata, pada tahun ini, KKR menerima peruntukan sebanyak RM251 juta di bawah Program Pencegahan dan Pembaikan Cerun Seluruh Malaysia.

Jelasnya, setakat ini, sebanyak 166 lokasi pembaikan cerun telah berjaya disiapkan, manakala sejumlah RM21.74 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf sistem amaran awal tanah runtuh, pengumpulan data, pengemaskinian peta risiko cerun serta kerja penyelenggaraan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI