fbpx

Kita tengok dah macam bukan hutan lagi, hutan plastik saja – Sultan Pahang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-SULTAN Abdullah bersama Tengku Hassanal ketika mendengar taklimat berkaitan kawasan penerokaan durian musang king di Hutan Simpan Sungai Klau di Cameron Highlands hari ini.

RAUB – Kebimbangan terhadap kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands terus disuarakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang melahirkan rasa sedih melihat kawasan hutan di Lembah Bertam kini digantikan dengan ‘hutan plastik’ .

Baginda bertitah, keadaan itu amat menyedihkan dan menggambarkan tahap penerokaan tanah yang telah mengubah wajah semula jadi kawasan berkenaan.

“Memang saya selalu ke sana (Cameron Highlands) dan bila saya terbang ke sana, saya berasa sedih kerana telah lalu atas Lembah Bertam, kita tengok dah macam… bukan hutan lagi dah, hutan plastik je.

“Boleh saya kata, kategori itulah. Hutan plastik dah berada di Lembah Bertam ini,” titah baginda selepas berkenan berangkat bercemar duli meninjau kawasan penerokaan durian musang king di Hutan Simpan Sungai Klau di sini hari ini. Turut sama berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sultan Abdullah menzahirkan rasa kecewa kerana aktiviti penerokaan telah menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, menyamakan situasi itu dengan ‘nasi sudah menjadi bubur’.

Selain Lembah Bertam, baginda turut melahirkan kebimbangan terhadap keseluruhan kawasan Cameron Highlands yang menyaksikan aktiviti penerokaan tanah secara berleluasa, meskipun terdapat usaha untuk memutihkan kawasan penerokaan, kegiatan haram dilihat masih berterusan.

“Pemotongan bukit ini perlu dihentikan dan juga lombong-lombong emas atau apa sekalipun perlu juga diperhatikan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI