fbpx

Nahas enam kenderaan: Pemandu lori direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang dirempuh dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Subang berhampiran susur Lebuh Raya Guthrie, semalam.

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Subang berhampiran susur Lebuh Raya Guthrie direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada pukul 10 malam, semalam.

“Tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang wanita dan anaknya cedera parah dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan dikawasan tersebut, semalam.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, kereta dipandu wanita berusia 29 tahun dengan anak perempuannya berusia empat tahun berada dalam kerusi bayi dirempuh sebuah lori.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI