fbpx

Janda, tali barut mengaku simbah cat rumah peminjam along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED NAJIB (kanan), Wee Chen (tengah) dan Mohamad Redzwan (kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini. - Foto oleh ADNAN IBRAHIM / KOSMO!

BATU PAHAT – Empat orang suruhan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau along mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat dan tampal notis ke atas rumah mangsa bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Syed Najib Syed Mohamad, 33, Nurul Farah Syafiqah Abd. Aziz, 28, Mohamad Redzwan Mohd. Hata, 30, dan Cheong Wee Chen, 35, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Khalid Ab Karim.

Syed Najib yang juga juruteknik menghadapi enam pertuduhan, manakala Nurul Farah Syafiqah yang merupakan ibu tunggal berdepan empat pertuduhan. Mohamad Redzwan bekerja sebagai tukang masak pula didakwa lima pertuduhan dan Wee Chen yang bekerja sendiri dituduh tiga pertuduhan.

Mereka dituduh melakukan khianat dengan cara menyimbah cat dan menampal notis terhadap rumah dan kereta empat individu berusia antara 28 hingga 44 tahun. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Johor Bahru dan Kluang pada 1 hingga 9 April tahun ini.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala semua tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Song Yan.

Bagi semua pertuduhan, Syed Najib dibenarkan jaminan sebanyak RM4,000, Mohd Redzwan RM3,000, manakala Nurul Farah Shafiqah dan Wee Chen masing-masing RM2,000.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 29 Mei dan 5 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula untuk fakta kes dan hukuman terhadap semua tertuduh. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI