fbpx

Dua lelaki proses, edar ‘cakoroi’ dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazalee (kiri) bersama Howe Chong (kanan) ketika serbuan dan tangkapan dua suspek lelaki di Batu Maung, petang tadi.

GEORGE TOWN – Kegiatan dua lelaki memproses dan mengedarkan air ketum di sebuah rumah di Batu Maung di sini terbongkar apabila kediaman itu diserbu polis, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 5 petang itu, kedua-dua suspek berusia 23 tahun diberkas sepasukan polis dari Balai Polis Bayan Lepas.

Menurutnya, operasi tersebut diketuai Ketua Polis Balai, Inspektor Lee Howe Chong bersama anggota Unit Jenayah Balai.

“Siasatan lanjut mendapati, kedua-dua lelaki terbabit tidak bekerja dan disyaki telah menjalankan kegiatan memproses dan mengedar air ketum.

”Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan lima tong oren mengandungi kira-kira 1,500 bungkus air ketum serta 17 beg plastik hitam berisi daun ketum seberat anggaran 85 kilogram,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas tiga periuk besar dan tiga tong gas memasak yang digunakan dalam proses penyediaan air ketum dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM9,300.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI