fbpx

Bekas isteri Safee Sali dapat hak penjagaan dua anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fitria Elfina (dua dari kanan) serta barisan peguam syarie ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. - Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

SHAH ALAM – Bekas isteri kepada bekas pemain bola sepak Kebangsaan, Fitria Elfina Maharip mendapat hak penjagaan penuh dua anaknya, Shanika Salsabilah dan Shania Safina di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Keputusan itu dikeluarkan Hakim Syarie Salehan Yatim selepas Fitria Elfina, 44, selaku pihak plaintif dan Mohd. Safee Mohd. Sali atau lebih dikenali Safee Sali, 42 bersetuju dengan segala terma dan isi kandungan tuntutan hadanah itu. Hak penjagaan terhadap Shanika Salsabilah, 10 dan Shania Safina, 7, berkuat kuasa hari ini.

Hakim Syarie Salehan dalam penghakimannya berharap tiada lagi konflik yang timbul antara kedua-dua pihak selepas ini.

“Tahniah berjaya membuat perjanjian mengenai hak penjagaan anak dan berharap kedua-dua pihak dapat melaksanakan semua yang dijangkakan.

“Harap tiada konflik baru. Jika ada perkara mendesak, baru datang kembali ke mahkamah,” jelasnya.

Terdahulu, pada prosiding itu, Peguam Syarie Putri Ummi Kartini Abd. Latiff mewakili Fitria Elfina, memaklumkan pihaknya telah bertemu dengan barisan peguam mewakili Safee Sali beberapa kali pada bulan Mac lalu bagi membincangkan terma serta syarat dalam tuntutan hadanah itu.

Bagaimanapun, beliu ketika ditemui selepas prosiding itu enggan menyatakan secara lanjut berkaitan terma hadanah yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Usaha bagi mendapatkan komen daripada Safee Sali bagaimanapun gagal apabila beliau enggan memberikan sebarang kenyataan berhubungnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI