fbpx

UCL: Wenger percaya Arsenal miliki kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WENGER

LONDON – Bekas pengurus legenda Arsenal, Arsene Wenger percaya pasukan itu memiliki kelebihan dari segi mental menjelang aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Parc des Princes awal pagi esok.

Walaupun akan turun dengan defisit satu gol selepas tewas 0-1 pada pertemuan pertama minggu lalu, namun beliau menganggap PSG berada dalam keadaan lebih tertekan jika dibandingkan dengan Arsenal.

Wenger berkata, The Gunners hanya menggalas misi mencatat kemenangan, manakala PSG pula mempunyai dua pilihan sama ada untuk menambah jumlah jaringan atau mempertahankan kedudukan tersebut.

“Apa yang menarik dalam saingan Liga Juara-Juara adalah ketika perlawanan sudah memasuki fasa ‘home’ dan ‘away’. Kebiasaannya, mana-mana pasukan akan berdepan masalah mental pada aksi timbal balik.

“Untuk Arsenal, mereka hanya mahukan kemenangan untuk layak ke final. PSG pula perlu memilih sama ada bermain untuk menang ataupun mempertahankan kedudukan dan membenarkan Arsenal menyerang,” katanya.

Sementara itu, beliau yang pernah mengemudi Arsenal menjadi naib juara pada 2006 menjelaskan, The Gunners perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada memandangkan PSG mungkin akan terleka pada perlawanan tersebut.

“Luis Enrique ada beritahu beliau mahu memenangi perlawanan lain dan saya percaya, mereka sudah fikir mengenai aksi final. Jadi, mereka sudah tidak fokus pada perlawanan itu (awal pagi esok),” ujar Wenger. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI