fbpx

UCL: Arsenal penuh geram, marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL berdepan kekalahan ketika menentang Bournemouth ketika mereka memerlukan suntikan motivasi bertemu PSG. - AFP

LONDON – Kekalahan 1-2 kepada Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu langsung tidak memberi kesan kepada Arsenal menjelang separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi esok.

Sebaliknya, kekecewaan itu harus digunakan sebaiknya pemain-pemain The Gunners untuk menampilkan aksi lebih baik, seterusnya memenangi perlawanan biarpun turun bermain di Stadium Parc des Princes.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berkata, anak-anak buahnya berada dalam keadaan geram dan marah ketika ini selepas gagal untuk mengukuhkan cengkaman selaku pasukan kedua terbaik Liga Perdana.

“Jika dapat catat keputusan positif bertemu Bournemouth, ia sepatutnya mampu memberi nilai tambah untuk kami bertemu PSG. Bagaimanapun, sekarang apa yang ada hanyalah rasa marah dan kecewa.

“Oleh itu, semua pemain perlu memastikan mereka menterjemahkan rasa marah dan kecewa itu dalam permainan mereka nanti. Jadikan, ia sebagai pembakar semangat untuk memenangi perlawanan dan layak ke final,” katanya.

Menjelang pertemuan awal pagi esok, Arsenal berada dalam keadaan cukup sukar untuk ke final kerana hadir ke Paris dengan defisit satu gol selepas tewas 0-1 pada perlawanan pertama di Emirates minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI