fbpx

Tiada unsur jenayah kes kematian pendaki Gunung Keriang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibawa turun dari puncak Gunung Keriang di Alor Setar, malam tadi.

ALOR SETAR – Kematian seorang pendaki yang ditemui tidak sedarkan diri di Gunung Keriang, di sini semalam tidak melibatkan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, lelaki berusia 48 tahun itu dipercayai mendaki gunung tersebut secara bersendirian.

“Polis terima panggilan kecemasan pada pukul 6.18 petang semalam. Pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat membawa turun mangsa pada pukul 6.40 petang sebelum mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk bedah siasat.

“Punca kematian masih belum dapat dipastikan sehingga laporan bedah siasat itu diperoleh kelak. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mendaki Gunung Keriang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI