fbpx

Terkejut biawak sebesar buaya jadi ‘penunggu’ tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor biawak gergasi sepanjang 180 sentimeter memasuki tandas sebuah rumah di Kota Depok. - Instagram

JAKARTA – Sebuah keluarga di wilayah Jawa Barat, Indonesia berdepan detik cemas apabila menemui seekor biawak gergasi sepanjang 180 sentimeter di dalam tandas rumah mereka, lapor portal berita Abatanews semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Bojongsari, Kota Depok, baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @depok24jam menunjukkan tiga anggota bomba cuba menangkap biawak itu dengan bantuan peralatan khas. 

Usaha mereka sukar kerana saiz badan biawak yang besar, hampir menyamai saiz  seekor buaya. 

Namun, biawak itu akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke UPT Bojongsari. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencatatkan lebih 10,100 tanda suka. 

“Ini bukan lagi biawak tetapi buaya,” kata seorang netizen. 

“Saya ingatkan buaya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI