fbpx

Stor haram simpan 1,800 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN Perak memeriksa tangki lori yang dipercayai menyimpan diesel di sebuah stor haram di Kampung Kepayang, Ipoh, semalam. - Foto KPDN PERAK

IPOH – Sebanyak 1,800 liter minyak diesel dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dari sebuah stor haram di Kampung Kepayang, di sini tengah hari semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin berkata, serbuan dilaksanakan hasil maklumat risikan dan pemantauan selama seminggu oleh penguat kuasa KPDN Perak ke atas aktiviti membanteras penyelewengan dan ketirisan barang kawalan di sini.

“Maklumat sumber risikan telah berjaya mengesan tempat simpanan stor haram diesel. Modus operandi sindiket dengan cara membeli diesel dari pembekal yang tidak berlesen dan menyimpannya di stor haram ini.

“Ia kemudiannya dijual kepada pihak industri di sekitar Ipoh pada harga yang lebih murah berbanding pasaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamalludin berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, pasukan serbuan telah menjumpai sebanyak 1,800 liter cecair yang disyaki minyak diesel di premis tersebut.

Katanya, seorang lelaki tempatan berumur 63 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori didapati gagal untuk mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada pengawal apabila diminta oleh pasukan pemeriksaan.

“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil dengan menyita cecair disyaki minyak diesel sebanyak 1,800 liter, dua tangki IBC berserta hos, sebuah lori dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM55,270.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI