fbpx

Sindiket penyeludupan gaharu, hidupan liar secara haram tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang rampasan termasuklah kayu gaharu, bulu burung Kenyalang, hempedu dan kuku beruang serta sisik tenggiling.

LIMBANG – Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menumpaskan sindiket penyeludupan serta pemprosesan gaharu dan perdagangan hidupan liar secara haram yang mempunyai rangkaian antarabangsa di sini.

SFC menerusi satu kenyataan, berkata kejayaan itu dibuat dalam serbuan Operasi Bersepadu Khazanah yang dilaksanakan pada 1 hingga 3 Mei lalu di lima lokasi, susulan daripada tangkapan awal pada 28 November tahun lepas di bandar raya Miri.

“Antara barang rampasan termasuk kayu gaharu, bulu burung Kenyalang, hempedu dan kuku beruang, sisik tenggiling, pelbagai jenis mata wang asing dan Ringgit Malaysia, senapang buatan sendiri serta peluru dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM400,000,” katanya.

Kenyataan itu menambah seramai sembilan suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Limbang, termasuk empat orang warga asing.

Katanya kes disiasat di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 manakala kes melibatkan senjata api dan peluru diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI