fbpx

Sidang Kemuncak ASEAN: Pegawai awam terkesan boleh mohon BDR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memastikan kelangsungan perkhidmatan awam melalui pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai awam secara fleksibel sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Mei ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan, dasar ini diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian SR.4.1.2.

“Ia bertujuan mencapai keseimbangan antara keperluan agensi dalam memastikan kelangsungan tugasan serta keperluan pegawai dari aspek keharmonian kerja dan kehidupan (work life balance),” jelas kenyataan itu.

Menurut JPA, Ketua Jabatan diberi kuasa untuk mempertimbangkan permohonan BDR khususnya bagi pegawai yang dijangka terkesan dengan kesesakan trafik sepanjang tempoh acara tersebut.

“Langkah ini merupakan antara inisiatif Kerajaan Madani dalam mengutamakan tadbir urus berdaya tahan dan prihatin, selaras dengan nilai-nilai teras Madani seperti kesejahteraan, ihsan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Pegawai awam yang layak disaran berhubung dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk pertimbangan sewajarnya. Pelaksanaan dasar ini hendaklah berpandukan tatacara dan syarat yang telah digariskan dalam MyPPSM,” kata JPA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI