fbpx

Saksi perlu berani, kuat ingatan bukan pembohong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Para saksi yang tampil memberi keterangan di mahkamah perlu memiliki keberanian dan daya ingatan yang kuat bagi memastikan keterangan yang diberikan tepat serta dapat membantu proses keadilan berjalan dengan lancar.

Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli berkata, peranan saksi amat penting dalam sistem perundangan kerana keterangan mereka boleh mempengaruhi keputusan sesuatu kes, khususnya yang melibatkan isu-isu syarie atau jenayah.

“Bila seseorang itu dipanggil sebagai saksi, kita kena cerita apa yang kita nampak, apa yang kita dengar. Kalau kita nampak orang bergaduh, kena cerita macam mana nampak bergaduh. Bergaduh pukul kah, bergaduh mulut saja kah, ada sentuhan atau tiada sentuhan, semua kena diceritakan.

“Saksi kalau boleh kena ingatlah bergaduh itu tarikh bila, waktu bila. Jadi saksi kena kuat ingatan. Kalau ada perkataan yang original mencarut, maki, kena sebut mencarut dan maki tu. Kita tak boleh olah, contoh “saya dengar dia kata perkataan-perkataan yang tidak baik”, kita nak dengar apa perkataan sebenar disebut, barulah cantik untuk keterangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian video di kumpulan Telegram, Nota Syarie by Fahmi Ramli.

Menurutnya, saksi juga perlu bercakap benar dan tidak boleh mereka-reka cerita semata-mata untuk menyebelahi mana-mana pihak.

“Kena bercakap benar, bukan pembohongan,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI