fbpx

Malaysia perkukuh hubungan dengan AS, rakan dagang utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Malaysia memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) serta rakan dagang utama seperti China dan Kesatuan Eropah (EU).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh AS dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.

Beliau berkata, pendekatan itu dilaksanakan secara tenang dan seimbang, dengan tujuan utama untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan turut meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara-negara ekonomi sedang pesat membangun seperti Rusia dan Brazil, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pasaran eksport negara.

“Pendekatan ini sejajar dengan strategi ekonomi jangka sederhana negara yang memberi tumpuan kepada kestabilan makroekonomi, daya tahan perdagangan global, dan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI),” katanya dalam satu hantaran di laman X, hari ini.

Katanya, pendekatan itu juga demi memastikan kemakmuran yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI