fbpx

‘Luna sayang, terima kasih berkongsi hari bahagia bersama kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA dan Nabila antara selebriti Malaysia yang diundang ke majlis resepsi Luna Maya yang berlangsung di Bali, Indonesia hari ini.

PELAKON Fasha Sandha dan penyanyi Nabila Razali antara dua selebriti terkenal Malaysia yang diundang ke majlis resepsi perkahwinan Luna Maya di Bali, Indonesia.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Fasha berkongsi beberapa foto kenangan di majlis resepsi tersebut.

Turut kelihatan dalam hantarannya foto bersama Nabila Razali.

“Sangat gembira kamu bertemu dengan belahan jiwa kamu, Luna sayang. Terima kasih kerana berkongsi hari istimewa ini bersama kami. Majlis perkahwinan yang sangat indah,” tulis Fasha di bahagian kapsyen.

Terdahulu Luna selamat diijabkabulkan dengan Maxime Bouttier dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Bali pada pagi Rabu.

Sehari sebelum menikah, Luna melakukan istiadat bersiram mengikut tradisi masyarakat Jawa.

Pada hari pernikahan, Luna tampil jelita mengenakan busana pengantin tradisional Jawa berwarna putih.

Antara selebriti terkenal yang dilihat menghadiri majlis resepsi pasangan sama cantik sama padan itu ialah Datuk Seri Rossa, Reza Rahadian dan Baim Wong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI