fbpx

Lelaki patah kaki kena ‘sapu’ Toyota Yaris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar CCTV kejadian Toyota Yaris merempuh seorang lelaki sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya di Taman Tiara, Simpang Renggam, Kluang hari ini.

KLUANG – Seorang lelaki dilaporkan patah kaki apabila dirempuh sebuah kereta Toyota Yaris ketika sedang menyapu sampah di hadapan rumah dalam kejadian di Taman Tiara, Simpang Renggam di sini hari ini.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian dipercayai berlaku pada sebelah pagi tadi.

Dalam rakaman itu, mangsa sedang melakukan kerja menyapu sampah di hadapan rumahnya sebelum sebuah kereta Toyota Yaris berwarna merah dipandu secara melulu merempuh mangsa.

Mangsa terjatuh sebelum kenderaan tersebut melanggar tiang elektrik sebelum kelihatan tumbang.

Daripada maklumat awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan pada kepala, badan serta patah kaki kiri.

Difahamkan, pemandu kereta tersebut dikatakan seorang kakitangan perubatan sebuah hospital dipercayai mengantuk selepas pulang dari bekerja pada shif malam.

Kosmo! sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian tersebut dengan pasukan polis.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI