fbpx

Lelaki hilang ketika daki Bukit Lagong selamat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Muhammad Danial ketika ditemui oleh orang awam sekitar pukul 6.50 pagi tadi.

GOMBAK – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Lagong, di sini selamat ditemui kira-kira pukul 6.50 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Muhammad Danial Zulkepli, 26, sedang dibawa keluar oleh Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JPBM).

Abangnya, Muhammad Ikram Zulkepli, 29, berkata, ketika kejadian adik lelakinya itu pergi mendaki bersama dua rakannya, pagi semalam.

“Mereka sedar adik hilang selepas terpisah dalam perjalanan turun dari puncak sebelum membuat laporan di balai polis pada pukul 6 petang.

“Mereka kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 6.08 petang.

Katanya, usaha membawa keluar mangsa sedang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang.

“Menurut rakan mangsa, lelaki itu dapat dihubungi kali terakhir pada pukul 1.41 petang semalam.

“Mangsa telah ditemui oleh orang awam di atas bukit. Anggota bomba dalam perjalanan ke lokasi mangsa untuk dibawa turun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI