fbpx

Lebih 30,000 PATI ditahan, JIM gempur sektor guna pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang ditahan dalam serbuan dijalankan JIM di sebuah tapak pembinaan, hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

SEPANG – Jabatan Imigresen (JIM) melaksanakan Ops Sasar di 16 lokasi seluruh negara hari ini, dengan menyasarkan sektor-sektor yang bergantung kepada warga asing sebagai tenaga kerja.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen Malaysia, Jafri Embok Taha berkata, operasi itu dilaksanakan sebagai amaran kepada pihak majikan khususnya, supaya tidak menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja.

Menurutnya, ia melibatkan sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan yang lazimnya menggunakan pekerja warga asing.

“16 operasi Ops Sasar dijalankan serentak mengikut ketetapan waktu yang sama iaitu pukul 10.30 pagi di seluruh negara.

“Bermula Januari sehingga semalam, seramai 30,993 warga asing sudah dikenakan tindakan dan 634 majikan ditangkap dan dijangka jumlah akan terus meningkat sepanjang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi serbuan di sebuah tapak pembinaan di Cyberjaya, di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam operasi itu, seramai 223 individu diperiksa dan 129 warga asing ditahan berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Jafri berkata, operasi itu dijalankan berikutan aduan dan risikan di lokasi-lokasi terbabit yang dikatakan menjadi tumpuan PATI.

“Kita sedia maklum kita punya KPI (petunjuk prestasi utama) untuk tahun ini dan kita akan cuba mendakwa majikan yang melanggar peraturan.

“JIM komited dalam memburu PATI serta majikan dan tidak teragak-agak mengenakan tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar peraturan termasuk menggantung kuota pengambilan pekerja mereka atau mengambil tindakan sivil,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI