fbpx

Lagi kes kena gigit anjing di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Wan Endot, 27, menunjukkan kecederaan yang dialaminya susulan digigit anjing di Taman Lukut Makmur, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera akibat digigit anjing dalam kejadian di Taman Lukut Makmur, di sini, petang semalam.

Mangsa, Wan Ahmad Wan Endot berkata, dia dikejar anjing ketika mahu masuk ke inap desa disewa rakannya.

“Anjing tu berada di hadapan pagar inap desa, tiba-tiba sahaja haiwan itu kejar dan gigit di bahagian kaki.

“Disebabkan kecederaan ini, saya telah pergi mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan diberikan suntikan terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan,” katanya ketika ditemui di Taman Lukut Makmur, di sini, hari ini.

Ujar Wan Ahmad, dia baharu sahaja seminggu menetap di inap desa berkenaan bersama enam lagi rakan-rakannya memandangkan mereka bekerja sementara di kawasan Stesen Janakuasa Jimah East Power.

Menurutnya, sebelum menetap di inap desa itu, pemiliknya telah memaklumkan terdapat banyak anjing di kawasan taman tersebut serta banyak juga kes penyewa dikejar binatang itu.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI