fbpx

Kemalangan ngeri bas penumpang, 12 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di Padang Panjang semalam. - ANTARA

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban, manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas terbabas dan merempuh beberapa kenderaan lain dalam kemalangan di wilayah Sumatera Barat, lapor portal berita VOI. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.15 pagi (waktu tempatan) di Padang Panjang semalam. 

Ketua Polis Sumatera Barat, Inspektor Gatot Tri Suryanta berkata, jumlah kematian melibatkan tujuh lelaki dan lima wanita dengan dua daripada mereka masih kanak-kanak. 

“Mangsa yang cedera pula terdiri daripada 17 lelaki dan enam wanita. 

“Mangsa yang terkorban dibawa ke Hospital Padang Panjang, manakala yang cedera dirawat di Hospital Ibnu Sina. 

“Pemandu bas dan pembantunya masih hidup dan sedang menerima rawatan,” tambahnya. 

Bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari Bukit Tinggi ke Padang sebelum mengalami kegagalan brek dan hilang kawalan. 

Bas itu kemudian merempuh pagar rumah penduduk dan beberapa kenderaan lain sebelum terbalik di Terminal Bow. 

Siasatan nahas masih giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI