JAKARTA – Penduduk sebuah daerah di Lampung Tengah, wilayah Lampung mengkritik pihak berkuasa tempatan yang tidak membaiki jalan rosak dengan cara membasuh pakaian dan mandi di tengah jalan, lapor laman berita Lambe Turah.
Dalam sebuah video tular, penduduk daerah Varian Agung dilihat beramai-ramai mencuci pakaian di tengah jalan menggunakan air lopak dari jalan yang rosak.
Terdapat juga penduduk yang mandi di tengah jalan sambil bermain-main dengan air bertakung.
“Penduduk Varian Agung ini mengkritik keadaan jalan rosak di daerah mereka,” kata keterangam video yang dimuat naik di laman sosial.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.
“Saya juga bertindak demikian kerana sudah sering melihat dan mandengar keluhan penduduk mengenai jalan rosak itu,” kata seorang netizen. – AGENSI